Maklum Balas

Saturday, May 15, 2010

DATA DISPLIN MURID MELALUI SISTEM SALAHLAKU DISIPLIN MURID (SSDM) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru

Sila ambil tindakan selanjutnya berdasarkan surat arahan daripada JPNJ dan KPM yang dilampirkan.


SURAT ARAHAN JPNJ DAN KPM

Thursday, March 25, 2010

PENGHANTARAN DATA SISTEM SALAHLAKU DISIPLIN MURID (SSDM) PENGGAL 1- DATA JAN HINGGA MAC 2010

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah
Daerah Johor Bahru

Pohon kerjasama pihak tuan membuat semakan dan seterusnya membuat penghantaran data SSDM tersebut sebelum 05 April 2010

Monday, February 22, 2010

MASALAH TEKNIKAL STUDM

SILA BERI MAKLUM BALAS DI SURVEY STUDM INI.

Friday, February 5, 2010

PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT MURID (SMM VERSI 4.0)

Makluman kepada Pengetua/Guru Besar/GPK HEM/Penyelaras STUDM :

Pengoperasian STUDM memerlukan data SMM versi 4.0 yang terkini. Sekiranya pihak sekolah menghadapi kesulitan untuk menyiapkan data SMM versi 4.0 ianya akan menjejaskan proses pengoperasian STUDM.

Bagi tidak menambahkan kesulitan di pihak sekolah, penghantaran data STUDM pada bulan Januari ditangguhkan selewat-lewatnya 28 Februari 2010. Sehubungan itu, diharapkan pihak sekolah benar-benar dapat mengoperasikan data STUDM yang tepat dan ditentusahkan datanya.

PANDUAN RINGKAS TEKNIKAL STUDM

Kepada rakan-rakan penyelaras STUDM, sila muat turun panduan tersebut bagi membantu mereka yang menghadapi masalah dalam mengoperasikan aplikasi STUDM yang terkini. Harap dapat membantu. Pihak kami akan cuba hubungi sekolah-sekolah yang telah mengisi status penggunaan STUDM dan fokus kepada sekolah yang memerlukan bantuan teknikal.

Muat Turun : Panduan Ringkas Teknikal STUDM

Thursday, February 4, 2010

SURVEY PENGGUNAAN APLIKASI STUDM

Pohon kepada penyelaras STUDM untuk mengisi survey bagi penggunaan aplikasi STUDM ini.
Sila klik Disini.

PENGENALAN APLIKASI STUDM

Aplikasi ini dibangunkan bertujuan memudahkan pihak pengurusan sekolah dalam mengurus data pengurusan disiplin murid. Secara teknikalnya, aplikasi ini mengabungkan maklumat peribadi murid yang terdapat dalam Sistem Maklumat Murid 4.0. Diharapkan pihak sekolah dapat menggunakan aplikasi ini dengan sebaik mungkin.

Wednesday, February 3, 2010

APLIKASI SISTEM TADBIR URUS DISIPLIN MURID(STUDM) TERKINI

Pohon kerjasama semua sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru untuk memuat turun aplikasi STUDM yang terkini yang menggabungkan data SMM Versi 4.0. Sila ikut beberapa panduan berikut :
  1. Pastikan komputer atau laptop yang digunakan telah mempunyai data SMM versi 4.0 (dalam drive C: ada folder bernama HEM).
  2. Sila eksport data SSDM ATAU SSDM yang lama ke dalam disket.
  3. Rename dahulu aplikasi lama dengan nama SSDM_lama.
  4. Copy aplikasi baru SSDM(yang telah diunzip) yang telah dimuat turun dan masukkan ke folder SSDM di driver C.
  5. Sila pastikan import terlebih dahulu data SSDM yang ada pada disket sebelum menggunakan aplikasi STUDM terkini.
Muat turun aplikasi : APLIKASI STUDM TERKINI